Pada proses pembelajaran adobe flash, saya merasa adobe flash agak berguna dalam pengajaran dan pembelajaran bersama murid jika berbanding dengan penggunakan powerpoint presentation.
Dalam adobe flash, kita dapat membuat motion tween dengan mudah, motion tween yang dihasilkan juga lebih lancar jika berbanding dengan powerpoint. Selain itu, adobe juga dapat menghasilkan motion frame dengan mencari gambar motion yang bersiri. Ini membolehkan pengguna dapat menghasilkan pengerakan yang menarik dengan motion ini.
Yang saya kagum denga abode flash adalah ia dapat menghasilkan shape motion tween. Kita dapat mengubah apa-apa bentuk ke bentuk lain dengan sesuka hati dan ini mesti menarik perhatian murid. Contohnya, kita dapat merumuskan sesuatu teori dengan gambar ke perkataan dengan menggunakan shape motion tween. Selain menarik perhatian murid, saya berpendapat bahawa ini juga akan menguatkan ingatan murid tentang teori yang dipelajari.
Selain mendapat ilmu yang disebut di atas, abode flash juga dapat menambah navigation seperti "stop, play to scene lain". Walaupun powerpoint juga ada function macam ini, tetapi dalam adobe flash, terdapat lebih banyak “function" yang dapat digunakan. Saya amat menanti masa untuk mempelajari pengetahuan ini.
Namun demikian, adobe flash lebih susah untuk dipelajari kerana pengguna perlu sangat teliti dengan setiap command. Dalam adobe flash, kita harus meletak "key frame" dengan tepat, sama ada "key frame empty" atau "key frame" atau "frame" sahaja. Jika tersilap letak mana-mana tempat atau tersilap letak "frame", kita tidak mendapat hasil yang dikehendaki.
Kesimpulannya, adobe flash amat berguna dalam penghasilan alat membantu pengajaran. Setakat inilah refleksi saya tentang kelas minggu pertama.
No comments:
Post a Comment