Sunday, 11 January 2015

Dreamweaver- Code, split, design

Untuk menggunakan dreamweaver, kita harus tahu apakah fungsinya code view, split view dan design view.

Ketiga-tiga view ini berlainan fungsi, tetapi mereka ada hubungan yang berjalinan.

Jika kita buka code view, kita hanya nampak code sahaja.

Jika buka design view, kita hanya nampak gambaran web-site yang akan dilihat oleh pengguna lain.

Jika buka split view, kita dapat melihat code dan gambaran web-site.

Dibawah contohnya,

code view

Dalam code view, kita dapat mengubah apa-apa comment yang dikehendaki dimasukkan untuk web-site ini. Akan tetapi, jika kamu tidak ada ilmu tentang code ini, kamu akan keliru.

design view
  
Inilah disign view yang dihasilkan oleh code tadi. Di sini, kita juga dapat mengubah text kita atau gambar kita dengan cara tanpa menulis code. Ini amat senang berbanding dengan code view. Tetapi, fungsi yang boleh kita buat adalah terhad sahaja.


Split view
Split view ini agak baik untuk orang yang mahu mempelajari code kerana kamu boleh melihat code yang mana akan menghasilkan gambaran itu. Contoh, jika kita tekan pada perkataan " Hasil Kita", kita akan mendapatkan code yang menunjukkan fungsi ini.

Pada pendapat saya, jika kamu pengguna baru untuk Dreamweaver, kamu boleh belajar start daripada edit website di design view. Jika sudah ok, baru split view dan akhirnya code view.

Macam pensyarah saya, Dr Megar, beliau seorang yang pakar dalam programing. Code langsung bukan masalah untuknya, tetapi untuk saya, kebanyakan code saya langsung tidak tahu apa maksudnya.

Kesimpulannya, banyak lagi saya yang perlu pelajari lagi untuk meningkatkan kemahiran ini.


No comments:

Post a Comment