Sunday 11 January 2015

Refleksi untuk project 1

Untuk membuat flash, kami telah membahagikan kerja masing-masing.

Bagi saya, saya telah dibahagikan kerja drag and drog.

Untuk menjayakan kerja ini, saya telah merujuk kepada nota yang dibagi oleh Doctor Jamalludin dan juga mencari maklumat daripada internet.

Akhirnya, terjumpanya action script yang lebih kurang sama dengan tajuk saya. Saya pun copy dan ubah suai sedikit dan cuba run di movie test. Tetapi saya telah gagal, saya cuba melihat apakah kesalahan yang dibuat oleh saya. Puas saya mencari masalahnya, rupa-rupanya saya terlupa untuk buat kurungan "}" pada sesuatu tempat.

Setelah saya punya kerja siap, saya pun bagi file fla yang dibuat oleh saya kepada ahli kumpulan untuk gabungan. Pada perjumpaan akhir, kita ketiga-tiga bersama-sama untuk test hasil yang terakhir.

Dalam project ini, saya amat mendapati ilmu yang banyak tentang ubahan action script. Pada pendapat saya, ubahan action script lebih senang daripada code website. Action script flash boleh copy daripada internet, dan mudah difahami. Code website amat sukar dibaca oleh saya.

Untuk menghasilkan flash yang bagus, kita perlu bersabar dan perlu berwaspada kerana sedikit sahaja kesilapan akan menjadikan flash tidak berfungsi. Contohnya, "}" yang kurang pada action script.

Selain itu, kita mesti menbahagikan semua layer dengan teliti, jangan meletakkan semua benda dalam satu layer. Jika kita mahu memindahkan object yang bersambung dalam layer yang sama, itu amat sukar kerana kita mungkin terangkat benda yang bersebelahan.

Setelah berjaya menghasilkan flash ini, kami terasa amat bangga dengan kebolehan kita. Kita ketiga-tiga langsung tiada ilmu tentang flash sebelum memasuki Master ini. Dalam kuliah yang beberapa kali sahaja, kami telah berjaya untuk menghasilkan flash yang kami rasa amat hebat.

Bagi saya, saya amat terharu apabila melihat flash ini berjalan dengan lancar. Saya berharap pada masa yang akan datang, saya dapat lagi menghasilkan flash yang lebih baik.
Refleksi untuk Project 2

Dalam project ini, kita diperlukan untuk menghasilkan web-site dynamic yang mengandungi:

- beberapa link
- multimedia element
- interactive element
- advance dynamic element

Untuk menghasilkan dynamic website, kita memakai ASP kerana ia senang digunakan. Kita membuat 3 bahagian untuk website iaitu top, menu dan isi.

Untuk link ketiga bahagian ini, kita memerlukan code "inlude". Kita masukkan code itu di webpage "isi". Untuk senangkan kerja saya jika berlaku masalah.

Dengan menggunakan ASP, Kita boleh tambah menu saya dengan senang tanpa pergi ubah semua webpage. Jika guna html, teruklah jika mendapati kurang satu menu dalam webpage.

Selepas siap semua isi, baru kita link semua webpage isi di menu.asp. Tentang multimedia element, kita masukkan flash yang dihasilkan untuk project1. Dalam proses ini, kita telah menggunakan masa yang agak panjang kerana flash yang kita masuk dalam hasil.asp tidak dapat berjalan apabila test.

Untuk menghadapi masalah ini, kita puas cari punca masalah, sama ada code yang dimasuk salah. Kita juga test pada file asp yang lain dan mendapati flash juga tidak dapat dilihat. Ini menjadikan kita amat confuse kerana kita telah berjaya melihat web yang dimasuk semasa kuliah bersama Dr Megat.

Kami pun buka website yang dibuat bersama Dr Megat dan tengok apa perbezaan antara webpage kita. Puas kita mencari tetap tidak jumpa masalah ini. Tiba-tiba, saya baru perasan apakah masalahnya. Rupa-rupanya flash tidak dapat dilihat di asp, tetapi berjaya di html. Oleh itu, kita pun tukarkan hasil.asp kepada hasil.html. Selesailah masalah ini.

Untuk element interactive, kita pakai guestbook. Guestbook ini boleh didapati percuma di http://www.guestbookland.com/myguestbook/.  Itu tidak mencetus masalah kepada kita.

Yang forum itu mula-mula kita langsung tidak dapat buat apa-apa walaupun sudah dapat install. Walaupun kita sudah mengubah nama forum di panel admin, tetapi kita masih tidak dapat melihat perubahan. Kita juga tidak dapat register nama walaupun sudah edit permission registration di panel admin.

Kita puas mencari google apakah masalah dan tidak dapat selesaikan masalah ini. Rupa-rupanya masalah ini selalu terkeluar pada forum itu apabila kita mahu register nama. Jika kita menekan register, website akan keluar " please remove or rename your install from the directory".

Pada mulanya, kami langsung tidak perasan apakah maksudnya. Saya pun cuba pergi delete folder "install" yang terdapat dalam folder "phpbb" di xampp. Kami pun test tengoh adakah perubahan di forum itu. Barulah terkeluar nama forum kita, dan kami berjaya register account. Pada saat itu, saya terasa amat gembira kerana sudah berjaya.

Apabila testing di localhost, semua benda sudah berjalan dengan lancar. Saya terasa terharu kerana semua usaha telah

Tetapi, kami hadapi masalah apabila hendak test website di server. Semua link dapat berjalan dengan lancar kecuali forum kita. Walaupun kita sudah mengikut step yang diajar Dr Megat, export SQL di phpMyAdmin dan upload ke server, kita tetap tidak melihat forum kita di website. Kita cuba ubah config dan tukar database kepada yang betul tetapi juga tidak berjaya.

Cara terakhir adalah save dan zip semua bahan dan upload ke dropbox, tunggu Dr Megat untuk berjalan di komputernya, atau tolong kita menjumpai masalahnya.

Harap-harap semua benda dapat berjalan lancar.


Perkongsian cara untuk buat Forum dengan PHP

Step 1 : Seach template free di website
- di internet, terdapat pelbagai template forum yang percuma
- biasanya, file yang download adalah dalam bentuk zip kerana dalam ada banyak file.

Step 2: Extract folder
- Apabila siap download, pergi cari file itu dan extract ke folder

Step 3: Copy folder into c:/xampp/htdocs
- perlu ingatkan kamu, untuk membuat php, kita perlu ada software xampp, boleh download, free punya.
- lepas extract, copy folder tersebut ke "htdocs"
- andai kata folder ini namanya "phpbb"

Step  4: Open database
- di broswer punya address, type localhost, pergi cari phpMyAdmin. Tekan user dan password, dan create database yang bernama "BB forum"(ikut suka). Tekan create selepas type nama itu.

Step 5 : Install
- di broswer, type "localhost/phpbb", kena sama dengan nama folder tadi
- Dalam process ini, kamu akan ternampak web suruh kamu masukkan database, masukkan nama "bb forum", yang tadi create
- lepas itu, masukkan useradmin dan password yang diperlukan untuk edit forum.

Step 6 :edit Forum
- sebelum forum boleh diedit, kamu perlu delete folder "install" yang terdapat dalam folder "phpbb" tadi.
- selepas delete, forum kamu boleh diedit. Berikut contoh bb forum kumpulan saya.







 Terima Kasih






 






HTML, ASP dan PHP

Semasa di kuliah Dr Megat, saya hanya tahu html merupakan static web, asp dan php merupakan dynamic web. Yang lain, saya langsung tidak berapa faham, seperti web yang dihasilkan asp dan php lebih secure daripada html.

Tetapi selepas cuba membuat website html dan website asp, baru saya tahu mengapa asp lebih secure daripada html.

Di asp, kita boleh menggunakan link database kita kepada website kita. Jika pengguna melihat website kita, dia boleh melihat data yang datang daripada database itu. Akan tetapi, jika dia copy dan ubah website menjadi kegunaannya, dia tidak dapat maklumat tentang database itu. Ini kerana, database itu tidak dapat save direct daripada website itu.

Berbanding dengan html, jika kita save website itu, semua maklumat tentang muka surat website itu akan disimpan terus ke computer kita, contohnya gambar yang diguna, dan html.file itu. Jika save asp punya website, maklumat yang diperolehi ada sikit sahaja.

Selepas mengulang kaji, baru saya lebih faham dengan lebih teliti tentang ASP dan PHP.

Berikut pefahaman saya tentang ASP dengan PHP.

ASP
- database yang diguna ialah MS Access
- jika hendak test website asp, kita perlu IIS, internet information service

PHP
- database yang diguna ialah MYSQL
- jika hendak test, perlu guna XMAPP

Bagi saya, saya rasa PHP website senang buat daripada ASP kerana di internet terdapat PHP template yang free yang boleh install ke computer. Selepas edit, benda itu milik kamu. Contohnya BB forum, install, edit forum, hasil kamu.

 





Ulang kaji untuk exam 1



Sudah sampai masa untuk final exam,
masa sudah tiada lagi,
sampai ulang kaji sambil menulis blog,
untuk imbas kembali ilmu yang dibaca tadi.

Text mengandungi 3 jenis,
input, dynamix, static,
semuanya berbeza daripada fungsinya.

Static biasa guna untuk memaparkan informasi seperti tajuk,
bahan menbaca yang hendak disampai kepada pembaca.



Apa itu input text?
Ini mesti tentang memasukan text, tetapi apa gunanya?
Input text biasanya akan digunakan untuk membolehkan pengguna menjawap soalan atau menulis perkataan yang dikehendaki. Seperti gambar rajah atas, perkataan boleh ditulis dalam kotak tersebut oleh penguna dengan adanya input text.

Biasanya input text boleh berkerjasama dengan dynamix text.

Jika kamu telah menulis nama pada tempat input text, perkataan yang kamu masuk tadi akan keluar pada dynamix text.




Itulah sahaja perkongsian saya, terima kasih.



Dreamweaver- Code, split, design

Untuk menggunakan dreamweaver, kita harus tahu apakah fungsinya code view, split view dan design view.

Ketiga-tiga view ini berlainan fungsi, tetapi mereka ada hubungan yang berjalinan.

Jika kita buka code view, kita hanya nampak code sahaja.

Jika buka design view, kita hanya nampak gambaran web-site yang akan dilihat oleh pengguna lain.

Jika buka split view, kita dapat melihat code dan gambaran web-site.

Dibawah contohnya,

code view

Dalam code view, kita dapat mengubah apa-apa comment yang dikehendaki dimasukkan untuk web-site ini. Akan tetapi, jika kamu tidak ada ilmu tentang code ini, kamu akan keliru.

design view
  
Inilah disign view yang dihasilkan oleh code tadi. Di sini, kita juga dapat mengubah text kita atau gambar kita dengan cara tanpa menulis code. Ini amat senang berbanding dengan code view. Tetapi, fungsi yang boleh kita buat adalah terhad sahaja.


Split view
Split view ini agak baik untuk orang yang mahu mempelajari code kerana kamu boleh melihat code yang mana akan menghasilkan gambaran itu. Contoh, jika kita tekan pada perkataan " Hasil Kita", kita akan mendapatkan code yang menunjukkan fungsi ini.

Pada pendapat saya, jika kamu pengguna baru untuk Dreamweaver, kamu boleh belajar start daripada edit website di design view. Jika sudah ok, baru split view dan akhirnya code view.

Macam pensyarah saya, Dr Megar, beliau seorang yang pakar dalam programing. Code langsung bukan masalah untuknya, tetapi untuk saya, kebanyakan code saya langsung tidak tahu apa maksudnya.

Kesimpulannya, banyak lagi saya yang perlu pelajari lagi untuk meningkatkan kemahiran ini.


Thursday 30 October 2014

Refleksi tentang pembelajaran abobe flash cs 3

Pada proses pembelajaran adobe flash, saya merasa adobe flash agak berguna dalam pengajaran dan pembelajaran bersama murid jika berbanding dengan penggunakan powerpoint presentation.

Dalam adobe flash, kita dapat membuat motion tween dengan mudah, motion tween yang dihasilkan juga lebih lancar jika berbanding dengan powerpoint. Selain itu, adobe juga dapat menghasilkan motion frame dengan mencari gambar motion yang bersiri. Ini membolehkan pengguna dapat menghasilkan pengerakan yang menarik dengan motion ini.

Yang saya kagum denga  abode flash adalah ia dapat menghasilkan shape motion tween. Kita dapat mengubah apa-apa bentuk ke bentuk lain dengan sesuka hati dan ini mesti menarik perhatian murid. Contohnya, kita dapat merumuskan sesuatu teori dengan gambar ke perkataan dengan menggunakan shape motion tween. Selain menarik perhatian murid, saya berpendapat bahawa ini juga akan menguatkan ingatan murid tentang teori yang dipelajari.

Selain mendapat ilmu yang disebut di atas, abode flash juga dapat menambah navigation seperti "stop, play to scene lain". Walaupun powerpoint juga ada function macam ini, tetapi dalam adobe flash, terdapat lebih banyak “function" yang dapat digunakan. Saya amat menanti masa untuk mempelajari pengetahuan ini.

Namun demikian, adobe flash lebih susah untuk dipelajari kerana pengguna perlu sangat teliti dengan setiap command. Dalam adobe flash, kita harus meletak "key frame" dengan tepat, sama ada "key frame empty" atau "key frame" atau "frame" sahaja. Jika tersilap letak mana-mana tempat atau tersilap letak "frame", kita tidak mendapat hasil yang dikehendaki.

Kesimpulannya, adobe flash amat berguna dalam penghasilan alat membantu pengajaran.  Setakat inilah refleksi saya tentang kelas minggu pertama.