Sunday, 11 January 2015

HTML, ASP dan PHP

Semasa di kuliah Dr Megat, saya hanya tahu html merupakan static web, asp dan php merupakan dynamic web. Yang lain, saya langsung tidak berapa faham, seperti web yang dihasilkan asp dan php lebih secure daripada html.

Tetapi selepas cuba membuat website html dan website asp, baru saya tahu mengapa asp lebih secure daripada html.

Di asp, kita boleh menggunakan link database kita kepada website kita. Jika pengguna melihat website kita, dia boleh melihat data yang datang daripada database itu. Akan tetapi, jika dia copy dan ubah website menjadi kegunaannya, dia tidak dapat maklumat tentang database itu. Ini kerana, database itu tidak dapat save direct daripada website itu.

Berbanding dengan html, jika kita save website itu, semua maklumat tentang muka surat website itu akan disimpan terus ke computer kita, contohnya gambar yang diguna, dan html.file itu. Jika save asp punya website, maklumat yang diperolehi ada sikit sahaja.

Selepas mengulang kaji, baru saya lebih faham dengan lebih teliti tentang ASP dan PHP.

Berikut pefahaman saya tentang ASP dengan PHP.

ASP
- database yang diguna ialah MS Access
- jika hendak test website asp, kita perlu IIS, internet information service

PHP
- database yang diguna ialah MYSQL
- jika hendak test, perlu guna XMAPP

Bagi saya, saya rasa PHP website senang buat daripada ASP kerana di internet terdapat PHP template yang free yang boleh install ke computer. Selepas edit, benda itu milik kamu. Contohnya BB forum, install, edit forum, hasil kamu.

 





No comments:

Post a Comment