Sunday, 11 January 2015

Refleksi untuk project 1

Untuk membuat flash, kami telah membahagikan kerja masing-masing.

Bagi saya, saya telah dibahagikan kerja drag and drog.

Untuk menjayakan kerja ini, saya telah merujuk kepada nota yang dibagi oleh Doctor Jamalludin dan juga mencari maklumat daripada internet.

Akhirnya, terjumpanya action script yang lebih kurang sama dengan tajuk saya. Saya pun copy dan ubah suai sedikit dan cuba run di movie test. Tetapi saya telah gagal, saya cuba melihat apakah kesalahan yang dibuat oleh saya. Puas saya mencari masalahnya, rupa-rupanya saya terlupa untuk buat kurungan "}" pada sesuatu tempat.

Setelah saya punya kerja siap, saya pun bagi file fla yang dibuat oleh saya kepada ahli kumpulan untuk gabungan. Pada perjumpaan akhir, kita ketiga-tiga bersama-sama untuk test hasil yang terakhir.

Dalam project ini, saya amat mendapati ilmu yang banyak tentang ubahan action script. Pada pendapat saya, ubahan action script lebih senang daripada code website. Action script flash boleh copy daripada internet, dan mudah difahami. Code website amat sukar dibaca oleh saya.

Untuk menghasilkan flash yang bagus, kita perlu bersabar dan perlu berwaspada kerana sedikit sahaja kesilapan akan menjadikan flash tidak berfungsi. Contohnya, "}" yang kurang pada action script.

Selain itu, kita mesti menbahagikan semua layer dengan teliti, jangan meletakkan semua benda dalam satu layer. Jika kita mahu memindahkan object yang bersambung dalam layer yang sama, itu amat sukar kerana kita mungkin terangkat benda yang bersebelahan.

Setelah berjaya menghasilkan flash ini, kami terasa amat bangga dengan kebolehan kita. Kita ketiga-tiga langsung tiada ilmu tentang flash sebelum memasuki Master ini. Dalam kuliah yang beberapa kali sahaja, kami telah berjaya untuk menghasilkan flash yang kami rasa amat hebat.

Bagi saya, saya amat terharu apabila melihat flash ini berjalan dengan lancar. Saya berharap pada masa yang akan datang, saya dapat lagi menghasilkan flash yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment