Sunday, 11 January 2015

Refleksi untuk Project 2

Dalam project ini, kita diperlukan untuk menghasilkan web-site dynamic yang mengandungi:

- beberapa link
- multimedia element
- interactive element
- advance dynamic element

Untuk menghasilkan dynamic website, kita memakai ASP kerana ia senang digunakan. Kita membuat 3 bahagian untuk website iaitu top, menu dan isi.

Untuk link ketiga bahagian ini, kita memerlukan code "inlude". Kita masukkan code itu di webpage "isi". Untuk senangkan kerja saya jika berlaku masalah.

Dengan menggunakan ASP, Kita boleh tambah menu saya dengan senang tanpa pergi ubah semua webpage. Jika guna html, teruklah jika mendapati kurang satu menu dalam webpage.

Selepas siap semua isi, baru kita link semua webpage isi di menu.asp. Tentang multimedia element, kita masukkan flash yang dihasilkan untuk project1. Dalam proses ini, kita telah menggunakan masa yang agak panjang kerana flash yang kita masuk dalam hasil.asp tidak dapat berjalan apabila test.

Untuk menghadapi masalah ini, kita puas cari punca masalah, sama ada code yang dimasuk salah. Kita juga test pada file asp yang lain dan mendapati flash juga tidak dapat dilihat. Ini menjadikan kita amat confuse kerana kita telah berjaya melihat web yang dimasuk semasa kuliah bersama Dr Megat.

Kami pun buka website yang dibuat bersama Dr Megat dan tengok apa perbezaan antara webpage kita. Puas kita mencari tetap tidak jumpa masalah ini. Tiba-tiba, saya baru perasan apakah masalahnya. Rupa-rupanya flash tidak dapat dilihat di asp, tetapi berjaya di html. Oleh itu, kita pun tukarkan hasil.asp kepada hasil.html. Selesailah masalah ini.

Untuk element interactive, kita pakai guestbook. Guestbook ini boleh didapati percuma di http://www.guestbookland.com/myguestbook/.  Itu tidak mencetus masalah kepada kita.

Yang forum itu mula-mula kita langsung tidak dapat buat apa-apa walaupun sudah dapat install. Walaupun kita sudah mengubah nama forum di panel admin, tetapi kita masih tidak dapat melihat perubahan. Kita juga tidak dapat register nama walaupun sudah edit permission registration di panel admin.

Kita puas mencari google apakah masalah dan tidak dapat selesaikan masalah ini. Rupa-rupanya masalah ini selalu terkeluar pada forum itu apabila kita mahu register nama. Jika kita menekan register, website akan keluar " please remove or rename your install from the directory".

Pada mulanya, kami langsung tidak perasan apakah maksudnya. Saya pun cuba pergi delete folder "install" yang terdapat dalam folder "phpbb" di xampp. Kami pun test tengoh adakah perubahan di forum itu. Barulah terkeluar nama forum kita, dan kami berjaya register account. Pada saat itu, saya terasa amat gembira kerana sudah berjaya.

Apabila testing di localhost, semua benda sudah berjalan dengan lancar. Saya terasa terharu kerana semua usaha telah

Tetapi, kami hadapi masalah apabila hendak test website di server. Semua link dapat berjalan dengan lancar kecuali forum kita. Walaupun kita sudah mengikut step yang diajar Dr Megat, export SQL di phpMyAdmin dan upload ke server, kita tetap tidak melihat forum kita di website. Kita cuba ubah config dan tukar database kepada yang betul tetapi juga tidak berjaya.

Cara terakhir adalah save dan zip semua bahan dan upload ke dropbox, tunggu Dr Megat untuk berjalan di komputernya, atau tolong kita menjumpai masalahnya.

Harap-harap semua benda dapat berjalan lancar.


No comments:

Post a Comment